Bekas wartawan pemenang anugerah Kajai promosi ajaran sesat?

0
2

SEORANG bekas wartawan dari sebuah syarikat akhbar arus perdana negara dipercayai mempromosi ajaran sesat yang dikenali sebagai “ajaran Melayu”.

Ia dikesan melalui beberapa video dan tulisan yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya.

Melalui tindakan dan tulisannya di Facebook, wartawan itu menghina agama Islam apabila mendakwa agama Islam yang berasaskan al Quran tiada lagi, sebaliknya yang ada pada ketika ini adalah Islam arab.

Ajaran melayu yang dikatakan dibawa pemenang Anugerah Kajai itu terbongkar selepas video mengenainya tular di media sosial, hari ini.

Berdasarkan video berdurasi lapan minit itu, ia memaparkan beberapa hantaran Facebook dan video yang dikatakan ajaran sesat dipercayai milik wartawan berkenaan.

Terdapat juga ritual memukul gong sambil mengungkap perkataan ‘aku melayu’ yang dikatakan sebagai lafaz untuk masuk ke ajaran berkenaan.- Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here