Tajuddin bebas Covid-19

0
2

AHLI Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan beliau bebas daripada pandemik Covid-19, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd itu menzahirkan kesyukuran dan turut berterima kasih kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah pagi ni saya dibebaskan.

“Terima kasih banyak kepada ‘doctors’ dan ‘nurses’ wad 9D Hospital Sungai Buloh, semua ahli keluarga sahabat handai dan rakan2 yang begitu ramai sekali memberikan sokongan moral dan doa. Love u olls !!!,” katanya.

Sebelum ini, pada 20 Januari lalu, Tajuddin disahkan positif Covid-19 susulan bersama Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang positif sehari sebelum itu (19 Januari). -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here