Nadia Brian belajar mengaji Online, mahu baiki bacaan

0
2

PELAKON Nadia Brian berkongsi detik-detik ketika mengikuti kelas mengaji al-Quran dan memohon peminat mendoakan urusannya untuk memperbaiki bacaan mengaji dipermudahkan.

Dalam perkongsian di InstaStory miliknya, Nadia memuat naik berapa video sedang mengikuti kelas mengaji bersama seorang ustazah.

Nadia atau nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 30, mengakui sudah lama berhasrat untuk perbaiki bacaan mengaji daripada awal.

“Sebenarnya saya berharap orang dapat doakan saya. Saya sebenarnya memang nak belajar daripada awal balik (mengaji).

“Nak recall balik walaupun kita dah tahu ke, tak tahu ke, itu tidak mengapa untuk kita belajar balik dengan cara yang betul.

“Mungkin dah lama sangat tinggal ke kan, ia satu perkara yang baik. Saya mendoakan semua dan saya harap semua juga mendoakan saya,” katanya dalam video itu.

Menerusi entri berkenaan, neneknya turut sama menemaninya dalam sesi mengaji tersebut.

Pelakon siri ‘Titian Takdir’ itu juga kelihatan sopan apabila mengenakan jubah dan tudung sepanjang pembelajaran mengaji itu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here