Slot kelas KAFA di TV Alhijrah bermula 1 Feb

0
3

SLOT Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di TV AlHijrah atau KAFA D’ HIJRAH akan bermula pada 1 Februari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau memaklumkannya ciapan di Twitter rasminya semalam sebagai maklum balas kepada pertanyaan pengikutnya di media sosial itu berhubung tarikh mula siaran slot KAFA tersebut.

Khamis lalu, Zulkifli memaklumkan stesen TV AlHijrah dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memperkenalkan slot KAFA TV AlHijrah bagi memudahkan pendidikan agama untuk murid dan pelajar.

Penerbitan program itu juga kerana kekhuatiran murid KAFA tercicir pelajaran disebabkan tidak mempunyai telefon pintar, komputer riba atau komputer di rumah selain masalah capaian Internet. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here