PKP: Kelantan benarkan 50 jemaah untuk solat Jumaat

0
2

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membenarkan seramai 50 jemaah untuk mengikuti solat Jumaat di masjid dalam satu-satu masa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri berkenaan.

Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu membabitkan masjid negeri, bandar, daerah dan mukim.

“Bagaimanapun, solat fardu di masjid negeri dan mukim tidak boleh melebihi 12 jemaah termasuk imam tua, imam muda, bilal, siak dan ahli jawatankuasa masjid.

“Bagi surau dan musalla, hanya lima orang jemaah dibenarkan yang terdiri daripada imam, bilal dan tiga orang ahli jemaah sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Temenggong Kelantan, perkara tersebut telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan baginda telah memperkenankan agar pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat dan solat fardu dilanjutkan sehingga 4 Februari ini.

Katanya, Maik berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dengan mengikuti semua SOP yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Pihak pengurusan masjid yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan akan berdepan tindakan,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here