Chelsea pecat Lampard

0
2

CHELSEA hari ini mengumumkan pemecatan lagenda kelab itu, Frank Lampard selaku pengurus selepas mempamer prestasi hambar disaingan Liga Perdana.

“Ini adalah keputusan yang sukar untuk kelab kerana saya secara peribadi mempunyai hubungan yang baik bersama Frank dan sangat menghormatinya,” kata pemilik kelab itu, Roman Abramovich.

AFP melaporkan Chelsea bergelut di kedudukan kesembilan Liga Perdana dengan ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Mereka tewas lima daripada lapan perlawanan terakhir Liga Perdana selepas memulakan kempen dengan baik.

Bekas jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel dilaporkan akan mengambil alih tugas Lampard. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here