
Sharifudin Abdul Rahim
YAYASAN Pelindung dan Kesedaran Pencegah Jenayah Malaysia dengan Komuniti Peniaga Acheh Zon Ampang menyumbang bantuan keperluan kepada kira-kira 400 keluarga mangsa banjir di Maran, Pahang.

Operasi itu digerakkan hari ini menerusi Misi Bantuan Banjir Maran, Pahang membabitkan kos berjumlah RM60,000.
Timbalan Ketua Komuniti Peniaga Acheh Zon Ampang, Datuk Dr Eko Indra Jaya berkata, misi bantuan itu adalah kali kedua selepas bantuan kepada mangsa banjir di Temerloh digerakkan dua minggu lalu.

Misi itu disempurnakan menerusi gimik ‘flag off’ oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.

Datuk Dr. Eko Indra Jaya bersama Ketua Komuniti Acheh, Datuk Mansyur Usman menyempurnakan gimik “flag off” pada Program Pelepasan Konvoi Sumbangan Bantuan Banjir ke Maran Pahang di Taman Pandan Mewah, Ampang
Baru-baru ini, media melaporkan keadaan banjir di Maran bertambah buruk apabila hampir keseluruhan bandar itu ditenggelami air.
Malah, dalam bencana berkenaan menyaksikan air naik deras menyebabkan premis-premis perniagaan di bandar itu mula ditenggelami air.

Malah penduduk setempat menyifatkan banjir kali ini ibarat tsunami apabila rumah mereka mengalami kerosakan dan dipenuhi lumpur susulan dilanda banjir teruk. -Malaysiapost
