Pemuda Umno hargai inisiatif GLC sumbang komputer riba

0
2

PEMUDA Umno menghargai inisiatif 13 syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyumbang RM150 juta untuk membantu proses pembelajaran dalam talian.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ia susulan maklumbalas yang diperolehi pihaknya yang mendesak agar kerajaan menyegerakan penyaluran bantuan 150,000 komputer riba kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sebagaimana yang diisytiharkan dalam pembentangan Bajet 2021.

Kata Asyraf, kenyataan Media Yayasan Hasanah iaitu entiti di bawah Khazanah Nasional bahawa penyaluran komputer riba akan dibuat seawal Februari ini.

“Inisiatif ini melibatkan 13 syarikat berkaitan GLC dan GLIC bakal melibatkan sumbangan bernilai RM150 juta bagi tujuan membantu pelajar-pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah mendapatkan akses kepada pembelajaran dalam talian,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, Asyraf berkata, pihaknya
menghargai inisiatif yang mulia ini dan mengalu-alukan penglibatan lebih banyak lagi GLIC/GLC serta syarikat-syarikat konglemarat yang lain.

“Ia sebagai menzahirkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka di kala rakyat berada dalam keadaan kesulitan akibat Pandemik yang berlarutan,” katanya.

Inisiatif CERDIK ini membabitkan sumbangan berjumlah RM150 juta daripada 13 syarikat pelaburan berkaitan GLIC dan GLC mewakili syarikat di bawah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Petronas.

Menurut Yayasan Hasanah, langkah itu dilaksanakan bagi membantu pelajar mengadaptasi norma baharu sesi persekolahan dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here