Lockdown 4 Februari?: Zahid minta kerajaan sediakan payung sebelum hujan

0
2

SEDIAKAN payung sebelum hujan, nasihat Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) diperketatkan lagi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, laporan media berkaitan Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah – Malaysia (EuroCham Malaysia) semalam nyata membimbangkan rakyat.

“Rasmi atau tidak rasmi yang rakyat bimbangkan ‘nawaitu’ sudah ada cuma belum akad. Rakyat bimbang jika berdasarkan trend terkini jangkitan Covid-19, akad itu ‘possible’.

“Rakyat faham kerajaan mungkin tiada pilihan atau jika ada beberapa pilihan, mungkin itu diyakini paling berkesan untuk menangani penularan pandemik Covid-19 yang mencanak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, rakyat bagaimanapun memerlukan bantuan untuk menempuhinya dengan selamat “mentally and physically”.

“Memang kita turut sarankan PKP 2.0 yang lebih ketat sebelum ini. Tetapi kita minta ia seiring dengan langkah-langkah membantu rakyat untuk mengharungi tempoh-tempoh sukar itu.

“Jangan tiba-tiba main umum sahaja. Perlu sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak mahu pengumuman penutupan ekonomi mengundang ekstra bahaya,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, jika peningkatan paras kemiskinan berlaku, itu bermakna sebahagian rakyat bukan sahaja berdepan ancaman wabak, tetapi juga ancaman hilang segala-galanya selepas Februari 2021.

“Hilang tempat tinggal, kenderaan waima makanan dan minuman untuk seisi keluarga. Ini juga “disaster” yang perlu dielakkan,” katanya.- Malaysiapost

Artikel berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here