KERANA kasih kepada abang kandungnya, seorang adik sanggup berhabisan wang sehingga RM90,000 untuk mengubah suai sebuah rumah sempena hadiah perkahwinan abangnya.

Pemilik Twitter yang bernama Afan berkata, dirinya telah mengambil masa empat bulan untuk menyediakan ‘hadiah’ kepada abangnya itu.
Menurut Afan yang juga seorang arkitek, dia telah mereka bentuk keadaan rumah itu daripada sebuah rumah lama bertukar menjadi konsep moden.
“Ambil masa empat bulan untuk habiskan ubah suai rumah abang
“Ini hadiah kahwin untuk abang dan ia percuma,” ciapnya di Twitter.
Afan yang selama ini merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan abangnya turut memuat naik beberapa foto rumah teres dua tingkat yang berusia 20 tahun telah berubah wajah dari bahagian luar, kabinet dapur, tandas, hingga ke ruang tamu dengan rona hitam dan putih.
Ciapannya itu telah mencuri perhatian warganet dengan lebih 4,000 pengguna Twitter telah berkongsi dan mendapat lebih 11,000 tanda ‘suka’.
Tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan perasaan kagum mereka dengan sentuhan reka bentuk Afan dan menyifatkan abangnya bertuah memiliki seorang adik yang baik.
Tambah menarik, Afan berkata, pemberian hadiah itu telah menyebabkan rezekinya semakin melimpah ruah dan telah menerima beberapa tempahan pelanggan yang ingin mengubah suai rumah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
-Malaysiapost
Artikel berkaitan:

