Pemuda Amanah gesa susun tugas ‘frontliner’ agar bersifat manusiawi

0
2
Petugas-petugas barisan hadapan saling membantu ketika sedang memakai pakaian PPE.

PEMUDA Amanah Nasional menggesa penyusunan semula tugas membabitkan petugas barisan hadapan dilakukan segera serta bersifat manusiawi susulan kerja mereka kini dilihat ‘overload’.

Ketuanya, Shazni Munir Ithin berkata, pelbagai rantaian fenomena menyedihkan yang menimpa para petugas sering dilaporkan dan memerlukan siasatan lebih adil dilakukan selain keluarga mereka diberikan pampasan setimpal.

“Sebagai permulaan, kerajaan boleh menyerap secara bertahap staf-staf bawah Kementerian Kesihatan yang berstatus kontrak dan tidak harus terlalu berkira dalam menjaga kebajikan para pejuang barisan hadapan,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, beliau turut meminta kerajaan membuat unjuran bahawa pembelajaran secara atas talian bukan lagi alternatif, bahkan telah menjadi medium utama.

Katanya, masalah capaian internet di kawasan pedalaman wajar ditangani segera dan dalam hal ini kerajaan digesa untuk memanfaatkan sepenuhnya dana terkumpul di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menanganinya.

“Kita tidak pasti berapa lagi berbaki dana terkumpul ini. Namun yang pasti, hujung Februari tahun lalu sebelum dijatuhkan kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM3 bilion daripada ‘USP fund’ untuk menggerakkan ‘National Fiberisation & Connectivity Plan’ (NFCP).

“Jika diteruskan, rakyat perlu tahu perkembangan keenam-enam projek bawah NFCP yang sepatutnya telah bergerak dengan baik. Jika tergendala, rakyat juga berhak tahu mengapa dan bagaimana ianya boleh tergendala,” katanya. -Malaysiapost

Berita berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here