Sumbang segera bantuan komputer riba diumum dalam Belanjawan 2021

0
2

Nurul Huda Abhar

KERAJAAN digesa mempercepatkan sumbangan komputer riba kepada 150,000 murid di 500 sekolah rintis seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 lalu.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pengagihan segera itu perlu memandangkan sesi persekolahan melalui kaedah PdPR (Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah) sudah bermula.

Beliau berkata, jumlah ini bersamaan tiga peratus daripada anggaran 4.7 juta keseluruhan murid keseluruhan di 10,220 sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Pada masa sama, nasib lebih 4.7 juta murid lain di 10,220 sekolah rendah dan menengah yang berkemungkinan tidak memiliki sebarang peralatan yang bersesuaian untuk PdPR seperti telefon pintar atau laptop harus diberikan perhatian serius,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, Kementerian Pendidikan seharusnya lebih proaktif dan segera menangani pelbagai isu dan kekangan pembelajaran agar tidak berlaku sebarang fenomena keciciran pendidikan di kalangan rakyat dalam suasana pandemik yang sudahpun masuk tahun kedua ini.

Beliau berkata, pihaknya mencadangkan siaran TV Pendidikan diperluaskan dengan menukar beberapa saluran TV Milik Kerajaan kepada TV Pendidikan sepenuhnya sepanjang sekolah ditutup akibat pandemik.

“Justeru, kerajaan seharusnya memanfaatkan kuasa penuh di bawah Ordinan Darurat ketika ini untuk mendesak Syarikat-Syarikat Konglomerat menyumbang komputer riba kepada murid-murid sekolah.

“Selain, mengarahkan stesyen TV swasta berbayar seperti ASTRO bagi menyediakan saluran pendidikan dengan pemantauan Kementerian Pendidikan,” ujarnya.

Menerusi pembentangan Belajawan 2021, kerajaan dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menyediakan RM100 juta bagi pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia bagi memastikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
-Malaysiapost

Berita berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here