Tugas selesai, Najib bersalah dan kembali ke Mahkamah Tinggi Sivil – Puad

0
3
Pix via Malaysiapost

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoal apakah keputusan memindahkan semula hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ke Mahkamah Tinggi Sivil bermotifkan politik. 

Ini kerana dakwa Puad, Mohd Nazlan telah berjaya menunaikan misi “Najib bersalah” berkaitan kes SRC International dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

“Kalau dakwaan ini benar, mesti ada arahan. Maka siapakah yang membuat arahan? 

“Apa pun job done (tugas selesai). Mission accomplished (misi tercapai),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Terdahulu hari ini Mohd Nazlan dilaporkan dipindahkan ke Mahkamah Sivil berkuat kuasa 1 Mac ini. 

Arahan pemindahan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah 3) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (NCvC 2) itu dikeluarkan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed. 

Perkara itu dimaklumkan kepada anggota Majlis Peguam menerusi pekeliling dikeluarkan semalam. 

Pada 28 Julai tahun lalu, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah. 

Beliau juga menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau tambahan lima tahun penjara jika gagal membayarnya kepada Ahli Parlimen Pekan itu bagi satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan. 

Najib turut diperintahkan dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, tambahan lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan. 

Sementara itu, Puad berkata pelantikan Mohd Nazlan sebagai hakim dalam kes Najib menimbulkan kontroversi kerana baru dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk mengendalikan kes ‘komersial’ bermula 30 Januari 2017. 

“Kes rasuah SRC adalah kes ‘jenayah’. Patut hakim berpengalaman kendali kes jenayah berprofil tinggi. Nazlan baru satu setengah tahun dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi. Dia tiada pengalaman menghakimi kes “jenayah” sebelumnya. 

“Kes itu sepatutnya didengar oleh Hakim Mohd Sofian Abd Razak pada 4 Julai 2018. Tetapi Sofian diganti serta-merta oleh Hakim Mohd Nazlan setelah Richard Malanjun dilantik Ketua Hakim Negara pada 11 Julai 2018. 

“Itu bermakna pertukaran berlaku seminggu selepas Richard Malanjun dilantik,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan: 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here