BEKAS Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memaklumkan dirinya positif Covid-19, petang kelmarin.
Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Damansara Utama.
“Permintaan saya kepada seluruh sahabat dan mereka yang mengenali atau tidak mengenali saya untuk mendoakan saya supaya dikurniakan kemudahahan dan kesembuhan segera.
“Moga dengan doa semua menjadi penawar utama dalam proses penyembuhan ini. Salam saya kepada semua. Terima kasih,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana mendapat jangkitan berkenaan. -Malaysiapost

