Polis terima laporan berkaitan judi di PKRC Maeps

0
2
SERDANG 04 APRIL 2020. Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 yang berisiko rendah di Maeps Serdang pada Pandemik Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua . NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.

SATU laporan polis dibuat susulan tindakan segelintir pesakit Covid-19 dipercayai berjudi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada petugas polis di PKRC MAEPS Serdang di Balai Dato Abu Bakar Baginda.

Katanya, setakat ini polis masih belum membuat sebarang tindakan dan menunggu laporan daripada balai berkenaan.

“Polis telah menerima video tular berkenaan kegiatan judi yang didakwa berlakudi PKRC Maeps, Serdang.

“Berdasaran rakaman video itu terdapat beberapa lelaki dilihat berkumpul sambil bermain daun terup, namun tiada wang diletakkan selain paket makanan seperti biskut dan mi segera dijadikan sebagai barang pertaruhan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Tindakan segelintir pesakit Covid-19 itu mengundang kecaman netizen yang mendakwa PKRC ibarat mini kasino selepas beberapa rakaman video berkaitan insiden itu tular di media sosial.

Sebelum ini media melaporkan, sekumpulan pesakit Covid-19 di PKRC Sabah mengambil minuman keras secara terbuka sehingga mengundang kemarahan orang ramai. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here