Zahid negatif ujian Covid-19

0
3

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disahkan negatif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memaklumkan perkara itu menerusi laman rasmi Facebooknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan ‘swab test’ yang dijalankan adalah negatif.

“Pagi ini tepat jam 7.44 pagi, doktor telah menghubungi isteri saya memaklumkan perkhabaran ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Avisena, Shah Alam semalam, beliau turut melakukan kuarantin.

“Saya juga melakukan kuarantin daripada isteri, anak-anak dan cucu dengan mengikuti SOP.

“Saya mendoakan anda semua menjaga kesihatan dan memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid memaklumkan beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Avisena Shah Alam. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here