48 petugas IPD Sibu disaring selepas jurufoto positif Covid-19

0
2

SERAMAI 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring selepas seorang jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif Covid-19, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan perkara itu berkata saringan dijalankan di balai berkenaan pagi semalam.

Beliau berkata, anggota JSJ itu didapati positif Covid-19 setelah menjalani proses saringan di Stadium Tertutup Sibu pada 12 Januari lalu.

“Proses sanitasi secara menyeluruh telah dilakukan di bangunan Balai Polis Sentral Sibu termasuk pejabat JSJ Sibu,” katanya seperti dilapor Bernama.

Berikutan itu, beliau telah mengarahkan pengawai dan anggotanya untuk lebih berhati-hati ketika melaksanakan tugas bagi mengelakkan dijangkiti virus itu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here