Inspektor polis bersama 7 anggota FRU ditahan Perhilitan

0
2

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menangkap seorang pegawai polis dan tujuh anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam satu pemeriksaan di Jalan Besar Kampung Talang, Empangan Talang, kelmarin.

Sumber berkata, kesemuanya ditangkap atas kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta 716) susulan semasa pemeriksaan di dalam kenderaan didapati terdapat satu kampit plastik hidupan liar disyaki pelanduk.

Menurutnya, kira-kira jam 1 petang, pegawai dan anggota penguatkuasaan Jabatan Perhilitan telah menahan sebuah kenderaan jenis Land Rover mempunyai tulisan polis berwarna merah di jalan besar Kampung Talang.

“Kenderaan Land Rover berkenaan membawa bot polis yang telah digunakan untuk membuat rondaan bulanan di Empangan Kampung Talang.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki seorang pegawai dan tujuh anggota FRU menemui satu kampit plastik hidupan liar disyaki pelanduk di tempat duduk belakang,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Sumber berkata, pegawai polis berpangkat Inspektor berkenaan mengakui hidupan liar berkenaan adalah miliknya.

Menurutnya, pegawai polis berusia lewat 30-an dan tujuh anggota berusia lingkungan 30an hingga 50-an berkenaan kini ditahan untuk siasatan.

“Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Land Rover berwarna merah, sekampit plastik hidupan liar disyaki pelanduk, sebuah tong dan segugus kunco kenderaan dirampas. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here