Jorge Pereyra Diaz ke Sabah FC?

0
2

MUNGKIN bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Jorge Pereyra Diaz ke Sabah FC.

Ia susulan pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto mahu pemain kelahiran Argentina itu membarisi pasukannya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Berdasarkan laporan Stadium Astro, Kurniawan menegaskan gaya permainan yang dimiliki oleh Diaz sesuai dengan corak permainan yang diterapkan oleh Sabah.

“Permainannya cocok dengan corak permainan kami.

“Kami perlu adakan kesepakatan dengan secepat mungkin agar dia boleh datang dengan segera,” kata jurulatih dari Indonesia itu.

Kurniawan Dwi Yulianto sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan Sabah musim ini selepas membantu kelab itu mengelak daripada tersingkir ke saingan Liga Perdana musim ini.

Semalam media melaporkan bekas penyerang import JDT itu dikhabarkan bakal kembali ke saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam dimana Diaz telah mengadakan rundingan bersama pasukan yang akan bersaing di Liga Super.

Diaz sebelum ini pernah beraksi di Mexico, Argentina dan Bolivia setelah meninggalkan skuad Harimau Selatan pada 2018 lalu.

Penyerang yang terkenal menerusi gaya kepak ayam ketika menjaringkan gol itu mempunyai pengalaman luas dalam saingan Liga Malaysia di mana pernah muncul sebagai penjaring terbanyak saingan Liga Super pada musim 2016. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here