AHLI Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi ahli politik terbaru yang positif Covid-19.
Beliau memaklumkan membuat ujian saringan semalam selepas kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 yang turut hadir dalam sidang medianya beberapa hari lalu.
“Zaharin (Mohd Yasin), masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.
“Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Nazri berkata, beliau kini menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula semalam.
Sebelum ini, iaitu pada 12 Januari lalu Nazri membuat sidang media di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pasir, Datuk Seri Salak Tajuddin Abdul Rahman.
Susulan empat hari selepas itu, Zaharin, yang merupakan bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak yang hadir dalam sidang media tersebut mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19.
Sementara itu, Tajuddin ketika dihubungi memaklumkan akan membuat ujian swab petang ini susulan beliau turut hadir dalam sidang media berkenaan. -Malaysiapost

