Muhammad Mustakim Ramli
“Jangan ada sesiapa yang kata (kutuk) pada saya dan Tun (Dr Mahathir Mohamad) nanti ada yang tumbuk.
“Ada la yang mengaku macam tu tapi tak tahu la…ada yang kata dari tumbuk orang lain baik tumbuk diri sendiri,” kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata, sekiranya ada individu yang mengkhianati parti bercakap sedemikian beliau meminta jangan mempercayainya.
“Khianat ni tidak dilakukan musuh tetapi dilakukan orang terdekat, saudara.
“Ramai yang mengaku macam-macam, anak saudara, anak angkat, anak daddy… saya pun hairan bila saya ada ramai adik-beradik,” katanya ketika berucap Majlis Memperkenalkan Calon PRK N58 Slim di Taman Slim Permata, Slim River.
Ucapan Mukhriz itu kemudian dilaung hadirin dengan menyebut ‘Peja’ iaitu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Sebelum ini, Ahmad Faizal dilaporkan berkata beliau akan menumbuk individu yang mengutuk Dr Mahathir dan Mukhriz.
“Kalau ada orang mengata Dr Mahathir, kalau kata orang kata bukan-bukan kepada Mukhriz, saya tumbuk.
“Saya ini panglima dia. Siapa cakap tak baik tentang dia saya tumbuk, gaduh pun gaduhlah, serius,” katanya.

