JPJ Negeri Sembilan tutup 5 hari

0
2

IBU Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di Seremban ditutup sepenuhnya kepada orang ramai selama lima hari bermula hari ini hingga Jumaat.  

Penutupan itu dipercayai susulan penularan wabak Covid-19 di premis berkenaan dan bagi kerja-kerja sanitasi.  

Notis makluman mengenai penutupan itu turut dihebahkan menerusi laman Facebook rasmi JPJ Negeri Sembilan sejak semalam.  

Menurut notis berkenaan, orang ramai boleh berurusan di Pejabat JPJ Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban, JPJ Kuala Pilah dan JPJ Jempol dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.  

Artikel Berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/01/18/4-pejabat-exco-terengganu-ditutup-susulan-covid-19/

Selain itu, perkhidmatan JPJ Mobile disediakan di pintu masuk UTC Seremban bagi urusan pembaharuan cukai jalan lesen kenderaan motor (LKM) dan pembaharuan lesen memandu. 

Sementara itu Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan, memaklumkan beliau difahamkan penutupan itu berikutan terdapat kes kakitangan positif Covid-19. 

“Sebelum ini saya difahamkan ada enam kakitangan yang positif Covid-19,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.  

Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan maklumat lanjut berhubung perkara itu. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here