Mak Lampir meninggal dunia kerana Covid-19

0
2

AKTRES veteran Indonesia, Farida Pasha dilaporkan meninggal dunia Sabtu lalu akibat jangkitan wabak Covid-19. 

Berita sedih pelakon yang terkenal menerusi watak Mak Lampir itu disahkan cucunya, Ify Alyssa semalam. 

“Assalamualaikum. Telah kembali ke Rahmatullah ibunda atau nenek kami, Hajjah Farida Pasha binti Ali Husen pada 16 Januari 2021 pada pukul 7.35 malam (waktu tempatan),” katanya menerusi hantaran Instagram. 

Ify turut memohon semua pihak untuk memaafkan neneknya jika pelakon berkenaan pernah melakukan kesilapan dengan mana-mana pihak. 

“Tolong doakan semoga roh nenek dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya. 

Farida dilahirkan di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia pada 21 Ogos 1952. 

Aktres itu terkenal kerana sering membintang filem bergenre seram dan sangat sinonim dengan watak seorang nenek kebayan bernama Mak Lampir menerusi sinetron bersiri, Misteri Gunung Merapi yang ditayangkan selama tujuh tahun. 

Kali terakhir Farida yang telah membintangi lebih 30 filem itu muncul di layar perak adalah menerusi filem The Secret: Suster Ngesot Urban Legend pada tahun 2018. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here