Shuib ucap selamat tinggal kepada Hot FM

0
2

PELAWAK Shuib Sepahtu secara rasminya mengambil keputusan untuk mengundur diri sebagai penyampai radio di Hot FM pagi tadi.

Pengunduran dari stesen radio yang disertainya pada 2019 itu dibuat sendiri oleh beliau menerusi siaran di radio itu pada jam 8.50 pagi.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memaklumkan engambil keputusan berkenaan kerana mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan yang dijalankan.

Suami kepada penyanyi Siti Sarah ini juga mengakui turut berat hati dengan keputusan itu menyatakan beliau sangat seronok sepanjang berada di Hot FM.

“Aku tak pernah rasa pergi kerja macam balik rumah, macam tu seronoknya bekerja di sini,” katanya.

Sebelum menyertai Hot FM, Shuib terlebih dahulu menyertai Sinar FM iaitu pada 2015 sebelum mengundur diri dari stesen berkenaan pada 2017.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here