Kenapa bodoh sangat ni?

0
2

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman menempelak seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan tindakan beliau makan di sebuah restoran di Pahang.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, wakil rakyat DAP itu membalas dengan memaklumkan Pahang bukan negeri tertakluk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebaliknya PKP Bersyarat (PKPB).

“Pahang PKPB. Boleh makan di kedai makan. Orang bodoh macam ni tolong report ramai-ramai. Supaya bodoh tak berjangkit kepada orang lain,” katanya.

Terdahulu Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara berkongsi gambar beliau makan tengah hari di Kopi Ladang dekat Janda Baik semalam menerusi Twitternya.

Tangkap layar daripada Twitter yang dikongsi Young Syefura

Seorang pengguna Twitter menggunakan nama Dhia Zara kemudian berkongsi ciapan tersebut dengan mempersoalkan bagaimana Young Syefura boleh makan di kedai.

“Ini tak kena saman ker?????? Ini tidak adil!!

“Yang kena ‘take away’ dan dilarang serta minum di kedai kafe atau restoran semasa PKP 2.0 & darurat ini hanyalah mak-mak dara sahaja.

https://twitter.com/youngsyefura/status/1350337317509029889?s=19

“Kalau janda muda tidak dilarang oleh Abah Midin, kata Nika Gee kepada Makcik Kiah,” ciap wanita berkenaan.

Setakat ini tujuh negeri dikenakan PKP iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Kelantan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here