Pengerusi Finas masuk hospital kerana masalah jantung

0
3

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Zakaria Abdul Hamid ditahan di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sejak Rabu lalu akibat masalah jantung.

Zakaria, 56, berkata, dia membuat keputusan berjumpa doktor selepas mengalami sakit dada dalam tempoh kira-kira seminggu.

“Doktor terus membuat pemeriksaan elektrokardiogram (ECG), ‘stress test’, ct-scan dan angiogram. Sekarang saya dalam pemerhatian doktor. Insya-Allah semuanya okay,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Sementara itu, perkongsian Zakaria berkenaan situasi kesihatannya di Facebook mendapat reaksi pelbagai pihak antaranya penggiat seni dan kenalan.

Mereka rata-rata memintanya berehat dan mendoakan agar dia segera sembuh.

Sejak terpilih menerajui Finas pada 23 Mei tahun lalu, Zakaria dilihat aktif menjalankan pelbagai program termasuk aktiviti luar bagi membantu penggiat seni. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here