Nurul Huda Abhar
PELAKON Faye Kusairi bersyukur kerana penyakit Bell’s Palsy yang dialaminya pada akhir tahun lalu sudah sembuh sepenuhnya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Faye berkongsi amalan yang dilakukannya selain mengambil ubat ubatan yang disarankan oleh pihak hospital.
Faye atau nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusair, 33, berkata, selain mendapatkan rawatan moden, dia juga menjalani rawatan totok wajah secara teratur.
“Sakit Bell’s Palsy sudah sembuh.
“Alhamdulillah, cukup empat bulan menderita dengan Bell’s Palsy dan kini sihat sepenuhnya! apa yang saya praktik adalah ubat dan vitamin B12, fisio dan rawatan totok wajak secara konsisten.
“Saya tak pergi buat akupuntur dan saya tak makan atau ambil atau pakai benda selain yang disarankan doktor,” katanya.
Menerusi entri tersebut, Faye juga memuat naik video berdurasi satu minit 33 saat menceritakan pengalamannya sebagai pesakit Bell’s Palsy dan perkongsian rawatan totok wajah.
Pelakon siri ‘7 Hari Mencintaiku’ itu mula diserang penyakit Bell’s Palsy pada awal Disember 2020 ketika sedang sarat hamil anak kedua.
Semasa Faye selamat bersalin, penyakit tersebut masih belum sembuh sepenuhnya.
Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada April 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aliff Azmi dan Asha Azmi. -Malaysiapost

