PKP: 1,200 anggota JPJ bantu polis

0
2

SERAMAI 1,200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara digerakkan mulai hari ini sehingga 26 Januari bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

JPJ berkata, kolaborasi mapan antara kedua-dua agensi penguat kuasa itu penting dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih serius.

Katanya, gerak kerja seumpama ini akan memberi keutamaan khusus kepada beberapa kawasan dan lokaliti tertentu di seluruh negara yang menjadi tumpuan utama pengguna jalan raya.

“Ia akan dilaksanakan melalui tiga strategi utama iaitu rondaan jalan utama negeri dan lebuh raya; sekatan jalan raya yang mengkhususkan kenderaan awam; dan pemeriksaan serta pemantauan di terminal bas utama (TBS),” kata JPJ dalam satu kenyataan, hari ini.

JPJ berkata, langkah bersepadu itu wajar dilakukan bagi tujuan mengekang penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin meningkat akibat ketidakpatuhan SOP oleh masyarakat tempatan.

Justeru, JPJ berharap seluruh rakyat Malaysia akan turut memberi kerjasama sepenuhnya dalam tempoh penguatkuasaan PKP, PKPB dan PKPP agar penularan ini ditangani secara berkesan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here