PM dikecam muatnaik gambar pengerusikan mesyuarat PN Johor

0
2

TINDAKAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memuatnaik gambar di Facebook mempengerusikan mesyuarat pertama Badan Perhubungan Parti Perikatan Nasional (PN) Negeri Johor secara atas talian menerima kencaman warganet.

Sebahagian besar komen di Facebook beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan Ahli Parlimen Pagoh itu yang didakwa masih berpolitik ketika negara sedang darurat.

Pengguna Facebook Anak Muda Bangkit mempersoalkan Muhyiddin yang dilihat sedang memperkukuhkan politik, bukannya Covid-19 ketika darurat.

“Apekebenda ni? Kata darurat untuk fokus pada Covid. 100% la fokus Covid. Nak sibuk bincang politik lagi buat apa? Eee geramnya rasa macam nak carut je. Ekonomi tengah teruk Covid tengah mendadak post macam ni buat orang marah la. Kot ye pun jangan la post,” kata Iqbal Abdullah.

“Heem.. Mesyuarat politik lagi. Agong dan Permaisuri pun turun siap masak dan tolong agihkan lauk dalam pinggan rakyat… kesian tengok orang-orang tua berbaris dengan pinggan nasi di tangan ..Allahuakhbar..besar ujian terhadap mereka semua,” kata Princess Sally.

“Sempat lagi abah ni berpolitik yer. Ingatkan dah dapat lulus isytihar darurat nak fokus selesaikan pendamik Covid-19…dunia2,” kata Helmi Afendy Ismail.

Dalam pada itu, hantaran gambar yang dimuatnaik itu memaklumkan mesyuarat yang disertai oleh barisan pimpinan PAS dan Bersatu Negeri Johor telah membuat beberapa ketetapan penting iaitu pembentukan struktur PN Negeri Johor dengan pelantikan beberapa pemimpin dalam PN Johor.

“Banyak perkara telah dibincangkan dengan tumpuan utama diberikan kepada strategi dan pendekatan PN Johor untuk terus secara konsisten, membela nasib dan kebajikan rakyat, khususnya rakyat negeri Johor.

“Semua pimpinan PN Johor telah menyatakan harapan besar agar PN negeri itu dapat mencetuskan gelombang penyatuan yang kukuh demi kemaslahatan negara dan ummah,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here