Sasha terima suntikan kedua vaksin Covid-19

0
2

BEKAS anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin memaklumkan selesai mengambil dos kedua suntikan vaksin Covid-19, semalam.

Beliau yang kini menetap di UAE berkata vaksin yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal Sinopharm itu telah diterima bersama suami, Sirhan Wahab di Hospital Emirates Field.

“Alhamdulillah saya dan suami sudah melengkapkan vaksin Sinopharm dengan mengambil dos kedua selepas 21 hari menerima suntikan pertama.

“Kami diberitahu jururawat bahawa dos kedua ini sebenarnya lebih kepada penggalak (booster) dan bersifat lebih ringan berbanding dos pertama yang diambil sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Sasha dalam pada itu turut bersyukur apabila diberitahu bahawa kesan sampingan yang bakal dialaminya nanti lebih ringan berbanding suntikan pertama yang diambil pada 24 Disember lalu iaitu demam dan alergi.

“Sebaik sahaja pulang ke rumah selepas mengambil suntikan kedua, saya berasa sangat letih dan mengantuk, manakala Sirhan pula mengalami sakit kepala.

“Tetapi selepas mengambil paracetamol dan tidur seketika, badan kami mula berasa okey seperti biasa.

“Buat masa ini kami berdua baik-baik sahaja dan akan memantau keadaan antara satu sama lain. Kami telah pun kembali menjalani rutin harian seperti biasa,” katanya.

Kakak kepada pelakon Zain Saidin itu berterima kasih kepada kerajaan UAE kerana memberikan suntikan percuma kepada penduduk negara itu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here