Polis akui tersilap buat hebahan

0
2

POLIS mengakui kesilapan dalam membuat hebahan berhubung aktiviti joging ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Ia susulan satu video hebahan dan nasihat yang dibuat petugas Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berkenaan aktiviti itu di sekitar kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, terdapat kesilapan dalam hebahan itu yang menyatakan aktiviti joging hanya dibenarkan di kawasan tertutup dan bukan di kawasan terbuka.

Katanya, hebahan yang mengelirukan itu amat dikesali dan ia akan dibuat semula seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu aktiviti joging hanya dibenarkan di kawasan kejiranan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) PKP yang ditetapkan oleh MKN yang bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here