Polis tahan Datuk pukul lelaki di restoran

0
2

DUA lelaki termasuk seorang bergelar Datuk yang dipercayai memukul seorang pemuda di sebuah restoran di Persiaran Tropicana, Petaling Jaya kelmarin ditahan di Mutiara Damansara, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad, berkata tangkapan lelaki bergelar Datuk berusia 42 tahun dan rakannya, 39 tahun itu dilakukan pada jam 3.40 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati suspek pertama mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan ugutan jenayah dan mendatangkan bencana pada tahun 2019.

“Permohonan reman akan dibuat untuk siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek. Kita akan mengenal pasti latar belakang serta aktiviti mereka sama ada terlibat dalam kongsi gelap dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin itu, suspek memasuki restoran stimbot dalam keadaan mabuk, lalu dikatakan telah meninggikan suaranya sebelum ditegur mangsa yang duduk di meja bersebelahan.

Video berdurasi 50 saat itu yang tular dalam media sosial menunjukkan suspek menampar mangsa sebelum beredar dari restoran itu.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here