ADUN Sg.Manik buat laporan polis dituduh korek pasir

0
2
IPOH 05 APRIL 2018. Temubual Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. NSTP/EFFENDY RASHID

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin menafikan tuduhan seorang pengguna media sosial bahawa dirinya terlibat dengan aktiviti mengorek pasir.

Menurut dakwaan tersebut, aktiviti mengorek pasir tersebut dijalankan di Sungai Batang Padang berhampiran Chikus.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat oleh pegawai khas ADUN Sungai Manik, Noor Azman Ashkar pada Rabu di Balai Polis Langkap.

“Saya telah meminta peguam untuk mengambil tindakan perundangan kepada pemilik akaun Facebook tersebut kerana mencemarkan nama baik saya sebagai ADUN.

“Tuduhan ini dibuat tanpa usul periksa kerana sebarang aktiviti pengorekan pasir bukan di bawah bidang kuasa Pejabat ADUN,” katanya.

Memetik laporan akhbar tempatan, Zainol yang juga Exco Kerajaan Perak turut berkongsi salinan laporan polis yang dibuat pegawai khasnya mengenai dakwaan individu berkenaan.-Malaysiapost

Foto Kredit: NSTP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here