MB Kedah, kita jumpa di mahkamah – KM P.Pinang

0
2
PENANG 14/06/18: Penang Cheif Minister Chow Kon Yeow react as he speaks to the Malay Mail during an interview at Komtar. PICTURE BY SAYUTI ZAINUDIN

KERAJAAN Pulau Pinang sedia berjumpa dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di mahkamah berhubung isu caj air mentah.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri itu akan mempertahankan hak riparian sumber air negeri itu.

Beliau berkata, Sungai Muda bukan milik eksklusif Kedah sebaliknya sebahagian sungai itu adalah milik Pulau Pinang dan Menteri Besar Kedah tidak mempunyai asas untuk menuntut pembayaran daripada Pulau Pinang kerana mengabstrak air mentah dari Sungai Muda.

“Kami bersedia berjumpa dengan Menteri Besar Kedah di mahkamah sekiranya pihak tersebut ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap isu caj air mentah yang dibangkitkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini seperti dilapor Bernama.

Katanya, fakta bahawa Sungai Muda mengalir melalui Pulau Pinang didokumentasikan dalam Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 (Akta 325) dan termaktub sebagai Akta dalam Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Kedah dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan.-Malaysiapost

Foto Kredit: Sayuti Zainudin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here