6 hari kuarantin kendiri, pesakit Covid-19 tanya adakah menteri terima layanan sama

0
3

SEORANG pengguna Twitter mempersoalkan jika golongan menteri yang positif Covid-19 sudah mendapat rawatan segera, sedangkan dia masih menunggu rawatan dan dibawa untuk kuarantin walaupun telah enam hari disahkan positif wabak itu.

“Saya risau kalau Menteri-Menteri dapat layanan yang sama macam saya,” ciap Ahmad Azri@AzriaAbdullah22 menerusi laman sosial itu semalam.

Setakat semalam, tiga menteri Kabinet telah disahkan positif Covid-19 dan kesemua mereka dilaporkan telah menerima rawatan yang sewajarnya.

Ahmad Azri berkata beliau bersabar dengan keadaan itu kerana tahu bahawa petugas barisan hadapan sedang menghadapi beban kerja berlebihan.

“Jadi saya hanya kuarantin kendiri dan buat yang termampu sementara menerima rawatan.

“Cuma saya harap dalam hal kesihatan, (jangan) ‘double standard’ (pilih kasih) jangan kita dipandang ringan,” ciapnya.

Menurutnya lagi, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) juga masih belum mengambil tindakan untuk melakukan pengesanan kontak rapat berkaitan dengan kesnya.

Bagaimanapun, dalam ciapan berasingan semalam, Ahmad Azri memaklumkan baru menerima panggilan daripada PKD bahawa pengesanan kontak rapat sedang dilakukan.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih atas tindakan tersebut dan menunggu arahan susulan daripada PKD.

Sementara itu, pengguna Twitter lain turut bersimpati, antaranya Sufy @einzsufy menanyakan kepada Ahmad Azri sama ada pihak PKD ada menelefon untuk memeriksa simptomnya.

Menjawab pertanyaan itu, Ahmad Azri berkata, pihak PKD hanya mesej sekali melalui aplikasi WhatsApp untuk meminta perincian gejala Covid-19 dirinya.

“Lepas dah bagi ‘details’ dia suruh tunggu nanti akan ada ‘follow up’. Tapi setakat ini belum ada apa-apa lagi,” katanya.

Iman Akmal@emnkmls pula meminta beliau menelefon talian kecemasan 999 untuk mengambilnya segera.

Balas Ahmad Azri, beliau akan lakukan namun masih bersabar kerana memikirkan golongan pesakit yang lebih memerlukan.

“Tapi sangat menyedihkan apabila melihat macam ada double standard,” katanya lagi.

Sementara itu, Syairul Irwan Rased turut memberi semangat dan menyatakan kuarantin di rumah lebih baik jika tiada simptom yang serius.

Katanya, ia kerana dari pengalaman sendiri yang pernah ditahan di pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), keadaan di sana agak sesak buat masa ini.

Ahmad Azri bersetuju dengan kenyataan itu cuma sedikit terkilan disebabkan tiada apa-apa susulan seperti apa yang perlu dibuat dengan segera sebelum ini.

“Faham sesak. Tapi kecewa bila nampak golongan VVIP dapat perhatian segera. Dalam bab kesihatan awam kita kena berlaku adil dengan semua,” ujarnya.

@firdauskariem berkata, bekas majikannya berpangkat Datuk telahpun menjalani ujian saringan Covid-19 dua hari lalu di hospital swasta dan disahkan positif petang semalam, lantas dibawa ke pusat kuarantin untuk menerima rawatan.

“Dapat keputusan subuh tadi (semalam). Petang tadi baru ambulans ambik. Tadi sebelum maghrib dimasukkan ke wad. ‘Hope he and you fast recovery’. Amin,” katanya.

Ahmad Azri menzahirkan syukur kerana datuk berkenaan cepat menerima rawatan namun dilihat ketara pembandingan orang biasa dan mempunyai pangkat serta gelaran.

“Alhamdulillah laju juga tu. Saya pun ambil inisiatif sendiri ‘alert’ PKD terdekat.

“Petang tadi baru ada ‘tracing’. Faham kesesakan semasa jadi tidak manis bila ada golongan khas yang kelihatan dapat perhatian lebih segera,” perlinya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here