Muhyiddin hilang kelayakan, Putra cadang PM interim dilantik

0
2

PARTI Putra Malaysia (Putra) berpendapat seorang tokoh baharu mesti dilantik bagi mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata Perdana Menteri interim boleh dilantik dari kalangan tokoh berwibawa dan diterima semua lapisan rakyat dan parti-parti politik.

Katanya, penyusunan semula anggota Kabinet boleh dibuat dengan menamakannya Majlis Kabinet Interim.

“Jika tidak, pengisytiharan darurat hari ini dituduh atau dilabelkan sebagai helah untuk talian hayat politik.

“Ia memberi kesan buruk kepada negara termasuk persepsi dunia antarabangsa dan pelabur akan terus lari dari Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata pengisytiharan Proklamasi Darurat yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, memang dicadangkan Putra.

“Putra sebelum ini memang mencadangkan pengisytiharan darurat sebagai salah satu pilihan, bukan setakat menangani Covid-19 tetapi juga kemelut krisis kepimpinan politik negara yang terus meruncing.

“Perdana Menteri sekarang telah hilang sokongan majoriti di Parlimen dengan penarikan sokongan Ahli Parlimen Machang dan Padang Rengas, maka Muhyiddin hilang kelayakan untuk mentadbir negara sebagai bersama Kabinetnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here