PRU15 selepas Covid-19 reda atau pulih sepenuhnya – Muhyiddin

0
2

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa Covid-19 telah reda atau pulih sepenuhnya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata Jawatankuasa Bebas itu akan ditubuhkan menerusi kuasa Ordinan yang akan dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi meneliti keperluan dan masa sesuai untuk diadakan PRU.

Beliau berkata, semua pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan dalam tempoh darurat berkuat kuasa.

Malah, katanya, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga tidak akan bersidang.

“PRU diadakan sebaik saja Jawatankuasa Bebas ini memperakui wabak sudah reda dan PRU selamat untuk diadakan.

“Masa itu terpulang kepada rakyat, pilihlah kerajaan yang layak dan boleh menjaga rakyat sekalian. Ini aku janji yang akan saya tunaikan,” katanya katanya menerusi Pengumuman Khas Darurat Perdana Menteri sebentar tadi.

Muhyiddin juga menafikan beliau tidak mahu mengadakan PRU, sebaliknya menjelaskan ia tidak boleh dilaksanakan ketika wabak Covid-19 masih menular dalam negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here