Lokman Adam cadang Agong lantik PM Interim

0
2

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong memilih Perdana Menteri Interim untuk mengepalai Darurat yang diisytiharkan Seri Paduka Baginda hari ini.

Katanya, ia bagi mengelak persepsi negatif Darurat diistihar bagi menyelamatkan kedudukan Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang telah kehilangan majoriti Parlimen untuk kekal sebagai Perdana Menteri

“Penarikan sokongan Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob dan Datuk Seri Nazri Aziz hari ini jelas menunjukkan Muhiyiddin sudah hilang legitimasi sebagai Perdana Menteri.

“Mohon perkenan Tuanku untuk memberikan pertimbangan yang serius bagi memastikan nama baik Institusi Diraja negara ini dapat terus dijaga dengan baik dan terhindar dari fitnah.

Patik mohon mencadang. Ampun Tuanku, beribu-ribu Ampun,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Pagi tadi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif membendung Covid-19.

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat itu sehingga 1 Ogos 2021 atau suatu tarikh lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here