LPT1 sudah boleh dilalui

0
2

SEMUA laluan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) yang ditutup sebelum ini akibat banjir, kini dibuka kepada semua kenderaan bermula jam 4 petang tadi. 

Maklumat mengenai pembukaan laluan-laluan yang ditutup itu turut dikongsi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Beliau memaklumkan LPT1 kini boleh dilalui oleh semua kenderaan apabila laluan di KM126.3 antara Chenor ke Termeloh, Pahang dibuka kedua-dua hala jam 4 petang tadi. 

“Alhamdulillah semua laluan di LPT1 kini boleh dilalui oleh semua kenderaan. 

“Bagaimanapun pengguna dinasihati untuk mematuhi papan tanda di lokasi dan berhati-hati ketika memandu,” katanya melalui satu hantaran di Facebook hari ini. 

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan ANIH Berhad (ANIH) dalam satu kenyataan memaklumkan, lorong laju antara persimpangan Chenor ke persimpangan Temerloh itu dibuka bagi kedua-dua hala dan ia bermakna kesemua laluan LPT1 kini boleh dilalui semua kenderaan. 

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai lebuh raya menerusi Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook LLM @Lebuhraya Pantai Timur. 

“Pengguna juga boleh menghubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here