‘Jangan terima bulat-bulat pandangan Ahli Umno ada jawatan’ – Nazri Aziz

0
2
Opening ceremony of Malaysia Business Events Week (MBEW) 2017.

UMNO perlu memandang serius pandangan akar umbi dalam menentukan hala tuju kerjasama politik dengan parti Bersatu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz berkata, Umno tidak boleh menerima bulat-bulat pandangan para pemimpin tertinggi terutamanya yang berjawatan dalam kerajaan kerana pastinya mempunyai agenda tertentu.

“Saya nak bagi tahu, saya tak boleh pegang kepada pandangan ahli Umno yang berjawatan dalam isu sama ada kita nak berkawan dengan Bersatu atau tidak pada PRU, sebab pandangan orang yang ada jawatan ini sudah tentu terpengaruh dengan jawatan yang dia pegang.

“Sebab dia banyak pro kepada kerajaan hari ini, kita tak boleh pakai dia punya pandangan, kita nak pakai pandangan akar umbi, mereka amat terkesan dengan hubungan kita dengan parti bunga,” katanya.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, akar umbi lebih merasai kesan kerjasama Umno-Bersatu ketika ini dan telah berlaku pepecahan di kalangan penduduk kampung.

“Macam di parlimen saya sekarang ini, ketua kampung ada tiga, Umno, PAS dan Bersatu, tak pecah ke orang kampung? Sepatutnya nak kena satu ketua kampung saja. Sekarang orang kampung nak pegang yang mana?,” Soal Nazri.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, hala tuju Umno yang sepatutnya ialah memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 sebaliknya terus memperkasakan hubungan dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN).

“Kita tak puas hati dengan Bersatu, kita tak mahu dengan Bersatu dalam PRU, kita mahu perkasa hubungan dengan PAS.

“Mereka curi 16 kerusi Parlimen kita, takkan kita nak bagi free, maknanya akhirnya mesej kita beritahu orang ramai ialah kalau pengkhianat ini bebaloi kerana dapat keuntungan.

“Jadi inilah sebenarnya kalau lihat perkembangan politik umno, inilah hala tuju kita,” katanya.

Dalam pada itu, Nazri menyeru ahli Umno berhenti mengkritik sesama sendiri kerana ia bagai menepuk dulang terpercik air ke muka sendiri.

“Saya harap ahli Umno kita berhenti kritik sesama kita. Saya hairan yag banyak bantai pemimpin kita ini orang kita juga, orang Umno jadi ikan pirana makan sama sendiri,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here