Pendaftaran ditolak: Pejuang buat rayuan kepada ROS

0
2

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) telah mengemukakan rayuan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) semalam berhubung penolakan pendaftaran parti itu.

Presiden (Penaja) Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata surat rayuan itu dikemukakan oleh Timbalan Presiden Penaja, Datuk Marzuki Yahya.

Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, mereka sudah mengikut segala arahan serta apa yang diminta ROS selepas permohonan parti itu ditolak dengan alasan permohonan yang diterima didapati tidak teratur.

“Surat itu telah kami kemukakan semalam malah yang berhormat Datuk Marzuki Yahya selaku Timbalan Presiden Penaja telah bertemu dengan pendaftar yang baharu yang dilantik di ROS, sekitar pukul 10 pagi semalam.

“Maksudnya kami ambil tindakan susulan mengikut peraturan yang ditetapkan dan berharap ROS boleh pertimbangkan semula penolakan ini.

“Kami cuba sekali lagi menjawab apa juga persoalan yang telah dibangkitkan kenapa permohonan kami di tolak,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, Pejuang sudah mengemaskini permohonan agar tidak berlaku perkara berbangkit dan ditolak sekali lagi.

Namun, katanya, pihaknya tidak menolak andaian penolakan parti itu ada campur tangan politik kerana bimbang Pejuang bakal memberi ancaman kepada parti lain.

Sebelum ini, media melaporkan pendaftaran parti Pejuang dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) ditolak ROS melalui emel kepada kedua-dua parti itu Rabu lalu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here