Sistem IT Hospital Selayang tergendala sejak 6 Januari

0
2

KAKITANGAN perubatan di Hospital Selayang mengakses catatan pesakit secara manual sejak 6 Januari lalu ekoran
sistem IT tergendala.

Ia sekali gus menyebabkan sistem hospital terbabit yang sedia sarat menjadi perlahan.

Dua sumber yang bekerja di hospital itu mengesahkan bahawa sistem IT yang disebut Powerchart tergendala sejak tiga hari lalu.

“Ini adalah sistem yang kami gunakan untuk merekod semua yang telah kami lakukan termasuk sejarah pesakit dan perkembangan mereka di hospital.

“Setiap siasatan makmal, imbasan CT, laporan akan direkodkan di Powerchart jadi ketika sistem tergendala, kami tidak dapat mengakses catatan sebelumnya dan ini termasuk laporan darah.

“Biasanya untuk mengambil bekalan darah, anda hanya dapatkan dalam sistem, sekarang setiap rekod darah memerlukan anda untuk mengisi borang dan mengirimkannya ke makmal,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Perubahan itu pasti menambahkan beban kerja buat kakitangan hospital yang sudah sedia sibuk susulan pandemik Covid-19.

Walaupun Selayang bukan hospital khusus Covid-19, kes Covid-19 sudah tiba di semua hospital sekarang, dan jika mereka tidak dapat dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh maka mereka akan terperangkap di hospital seperti di Hospital Selayang.

“Sekarang jika seorang pesakit datang kepada kami, kami tidak tahu apa yang dikatakan oleh laporan sebelumnya, kecuali jika pesakit telah membawa salinannya sendiri,” katanya.

Mereka turut memberitahu bahawa ini bukan kali pertama Powerchart berhenti berfungsi tetapi pada kejadian sebelumnya, ia diselesaikan dengan lebih cepat.

Percubaan untuk mendapatkan maklum balas Hospital Selayang dan pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Dr Shaari Ngadiman setakat ini tidak berjaya.

Portal berita kesihatan CodeBlue bulan lalu, melaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua jururawat kakitangan bilik operasi di Hospital Selayang dijangkiti setelah mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Portal berkenaan melaporkan bahawa jururawat berkenaan hanya memakai pelitup muka ketika berjumpa pesakit sekiranya pesakit diuji negatif dengan kit ujian cepat Antigen (RTK Antigen).

Hasil ujian RTK diperoleh lebih cepat, tetapi kurang sensitif dalam mengesan Covid-19, berbanding dengan ujian reaksi berantai polimerase (PCR). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here