Covid-19: Tenom zon merah

0
2
KOTA KINABALU, 18 Okt -- Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun ketika mengadakan sidang media perkembangan semasa COVID-19 di negeri Sabah di sini hari ini. --fotoBERNAMA(2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

DAERAH Tenom di Sabah semalam menjadi zon merah selepas merekodkan lebih 40 kes aktif Covid-19.

Ia berikutan pertambahan jangkitan baharu menjadikan daerah berkenaan antara 22 zon merah direkodkan di Sabah, setakat ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata sebanyak enam kes baharu dicatatkan di daerah terbabit.

Sementara itu, daerah Kuala Penyu berubah dari zon kuning ke zon jingga manakala, Beluran telah berubah dari zon jingga ke zon kuning.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) jumlah kes positif baharu Covid-19 semalam adalah sebanyak 401 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 39,854 kes.

“Empat kes kematian direkodkan iaitu dua kes di Sandakan dan dua kes di Kota Kinabalu,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Sementara itu, Masidi ketika ditanya pemberita mengenai pendirian Sabah sekiranya akan mengikut jejak langkah Sarawak untuk mengarahkan guru yang kembali ke negeri berkenaan untuk kuarantin.

Beliau menjelaskan, sebarang perubahan yang diperlukan mengenai perkara itu akan dilakukan sekiranya diperlukan.

“Setakat ini, tiada perubahan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada, tetapi kita akan menilai semula situasi harian dan akan membuat sebarang perubahan sekiranya perlu.

“Di Sabah, SOP yang digariskan adalah jika mereka membuat ujian saringan dan keputusan adalah negatif, tak mengapa.

” Apa yang saya ingin tekankan adalah SOP dan orang ramai harus lebih serius terhadapnya,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here