‘Sesi persekolahan 2021 wajar ditangguhkan’ – Najib

0
2
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media selepas menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Ke-21 Malaysia-Brunei di Istana Nurul Iman hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan agar penggal persekolahan 2021 ditangguhkan selepas sambutan cuti Tahun Baru Cina.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, penangguhan itu perlu memandangkan situasi Covid-19 yang semakin teruk dan banjir yang masih belum reda selain ura-ura pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pandangan saya ialah permulaan penggal sekolah 2021 patut ditangguhkan ke selepas cuti Tahun Baru Cina.

“Ia memandangkan keadaan banjir belum reda, situasi Covid semakin teruk dan ada ura-ura nak melaksanakan semula PKP ketat di beberapa negeri zon merah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Najib berkata, Kementerian Pendidikan boleh menggantikan hari aekolah yang tertangguh itu dengan membatlkan cuti penggal pertama dan pertengahan tahun.

“Kita boleh ganti hari sekolah yang tertangguh dengan membatalkan cuti pertengahan penggal pertama (9 hari) dan cuti pertengahan tahun (16 hari),” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka mengikut takwim 2021 seperti diumumkan sebelum ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan dibuat dengan mengambil kira keperluan anak-anak mengikuti pelajaran dalam situasi semula jadi di sekolah.

Selain itu, beliau berkata, pembukaan institusi pendidikan swasta dan antarabangsa berdaftar dengan KPM bagi 2021 adalah tertakluk kepada kalendar akademik institusi terbabit.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Perdana Menteri akan membuat pengumuman khas pada Isnin ini mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.

Semasa memaklumkan perkara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan memandang serius dan sentiasa memantau situasi semasa trend peningkatan jangkitan mencatatkan empat angka bermula penghujung November 2020, sehingga rekod tertinggi kes harian Covid-19 dicatatkan kelmarin dengan 3,027 kes baharu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here