Nurul Huda Abhar
KETUA Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati dalam satu majlis, hari ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook (FB), Nik Nazmi, 39, turut memuat naik gambar bersama isterinya, Farah memakai busana pengantin berona putih ketika majlis berkenaan.
“Alhamdulillah, syukur dapat bernikah dengan isteri, Farah dalam norma baharu hari ini. Terima kasih atas doa dan ucapan semua,” tulisnya hari ini.
FB Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa dihujani ucapan tahniah atas perkahwinannya, dan juga mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan itu.
Sebelum ini, Nik Nazmi pernah berkahwin dengan Imaan Abdul Rahim yang juga seorang doktor.
Namun, rumah tangga yang dibina selama 14 tahun berakhir apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Julai 2019.
Mereka dikurniakan Nik Ilham Nik Nazmi yang kini berusia 10 tahun. – Malaysiapost

