Nurul Huda Abhar
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan tindakan segera kerajaan susulan peningkatan kes Covid-19, Isnin ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa memantau situasi semasa berkaitan Covid-19, dan pendekatan serta langkah terbaik untuk mengawal penukaran virus tersebut.
“Kerajaan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperhalusi dan menilai tindakan-tindakan yang perlu diambil segera untuk mengawal penularan jangkitan Covid-19.
“Ini termasuk mempertimbangkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dilaksanakan terutamanya yang melibatkan sektor sosial, bagi mengurangkan pergerakan sekaligus kurangkan jangkitan Covid-19.
“Insyallah, satu pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk memaklumkan tindakan yang akan dilakukan dan dilaksanakan,” katanya dalam sidang media, hari ini. -Malaysiapost

