‘Yang dipersoalkan kenapa Presiden sokong Anwar’ – Tun Faisal

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

TIMBALAN Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan tindakan presiden parti itu menandatangi surat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkaitan Tan Sri Annuar Musa, Tun Faisal berkata, beliau tidak mempersoalkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dalam beberapa perkara termasuklah mengenai DAP dan PKR.

“Saya tidak mempersoalkan keputusan MKT, malah itulah yang dilaksanakan oleh Annuar iaitu mempertahankan keputusan dasar parti, bekerjasama dengan PAS dan Bersatu.

“Selain mengukuhkan Muafakat Nasional (MN), menyokong Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, No Anwar, No Dap.

“Yang dipersoalkan sekarang, dasar parti jelas No Anwar, tapi kenapa Presiden dan DS Najib (Razak) tandatangan surat sokong dan setia kepada DS Anwar Ibrahim?,” katanya.

Beliau berkata, dasar Umno itu jelas tetapi berlaku sebaliknya berhubung tindakan pemimpin tertentu terhadap DAP.

“Dasar parti juga jelas, No Dap kenapa Pengarah Pilihanraya, Datuk Seri Tajudin Rahman dan Ahli MKT seolah-olah menjadi jurucakap DAP dan membawa Jajaran Politik Baru yang digambarkan akan melibatkan Anwar, PKR dan DAP?,” soalnya.

Terdahulu, Shahril menerusi kenyataan berkata, Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi Umno Malaysia yang menjadi badan pembentuk dasar parti selain Perhimpunan Agung tidak pernah sekali-kali pun memutuskan untuk mengadakan sebarang rundingan bersama DAP dan PKR.

Malah katanya, dalam majlis terbuka dan tertutup di hadapan kepimpinan parti pelbagai peringkat, termasuklah baru-baru ini, Presiden Umno berkali-kali mengatakan beliau tidak akan menjalin kerjasama dengan DAP. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here