Gangguan air: 121 kawasan di KL, Petaling dan Hulu Langat hari ini

0
2

PENGURUSAN Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan 121 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat akan mengalami gangguan air berjadual bermula hari ini.

Air Selangor dalam kenyatan berkata, gangguan bekalan itu berikutan pembaikan paip pecah di Jalan Sering, Taman Sungai Sering di Cheras.

“Kejadian paip pecah ini berpunca daripada kerja-kerja pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga pada 2 Januari lalu.

“Berikutan itu, Air Selangor perlu menjalankan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah tersebut,” kata kenyataan itu.

Air Selangor berkata, untuk memastikan kerja-kerja pembaikan ini berjalan lancar, bekalan air di kawasan yang terlibat akan ditutup bermula jam 1 tengah hari ini.

“Justeru, penutupan bekalan air ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 121 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat.

“Kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya jam 3 pagi esok dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Para pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

“Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here