Tanah runtuh: Jalan Kenyir – Felda Aring ditutup

0
2

JALAN Kenyir – Felda Aring, di Kuala Berang, ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh sepanjang 100 meter di kawasan itu, sejak tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata hujan lebat sejak semalam selain aliran air yang deras menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh.

Beliau berkata, jalan berkenaan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan jam 12.15 tengah hari tadi.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu jalan Kuala Krai, Kelantan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata, pemasangan tanda amaran bagi makluman tanah runtuh sudah dilaksanakan pihak konsesi. -Malaysiapost

Foto Kredit: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here