‘PRU awal tindakan penting diri’ – KJ

0
2
Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin melawat Pusat Penerima Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil pada hari pertama PPV dibuka di sini hari ini.

BEKAS Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersetuju dengan padangan Pilihan Raya Umum ketika wabak Covid-19 masih melanda negara adalah tindakan penting diri.

Menerusi ciapan di Twitter, Ahli Parlimen Rembau itu juga mengakui ada antara mereka di dalam parti beliau sendiri yang mahukan PRU diadakan segera.

“Bersetuju. Mereka yang menginginkan PRU sebelum wabak itu terkawal adalah tidak bertanggungjawab.

“Saya tahu antara yang meminta PRU segera adalah mereka dari parti saya sendiri. Jangan pentingkan diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membalas ciapan seorang editor sebuah portal kesihatan yang berpendapat PRU akan menyebabkan bencana sekiranya diadakan dalam tempoh terdekat.

“PRU tahun ini akan menjadi bencana. Kami belum mendapat vaksin.

“Sekurang-kurangnya tunggu sehingga majoriti penduduk divaksin, dan kemudian anda boleh mengadakan PRU.

“Jika tidak, kes Covid-19 di Malaysia mungkin melebihi unjuran harian sebanyak 5,000 kes pada akhir Februari ini,” katanya.

Semalam, Malaysiapost melaporkan, Umno mahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Mac nanti.

Menurut sumber yang juga pimpinan Umno, sebab itu Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahukan wakil rakyat parti itu menarik diri dari kerajaan paling lewat Februari depan.

“Ya, presiden mahu Ahli Parlimen Umno menarik diri dari kerajaan selewat-lewatnya Februari depan.

“Umno mahukan kerajaan membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15 bulan Mac nanti sebelum Ramadan.

“Ini kerana kita mahukan mandat rakyat dikembalikan dan kerajaan yang stabil dibentuk,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here